Wednesday, November 17, 2010

Qurban: pengorbanan atau .......

Raye tahun nie sungguh bermakna bagiku. Sesungguhnya ini adalah raya pertama aku di perantauan. Banyak pengalaman yg aku dapat:

4.30 pagi:
keadaan aku ngantuk dan menyebabkan rmai rakan2ku tidak menunaikn solat subuh dimasjid.
Tapi kami dapat menunaikn solat dalam waktu yg 'dibenarkn' lg..:)

6.00 pagi:
Ahmad kejut bangun dr tido n kiteorg solat subuh. Time tu aku mendapat tau bahawa solat raya pkol 6.45 pagi. Jadi, aku mengambil masa yg ae untk menyambung perjuangan aku di atas katil walau sebentar..:P

6.30 pagi:
Selesai mandi n kiteorg bergegas ke masjid tal. Tapi semasa perjalanan menuju ke masjid itu, takbiratul ihram berkumandang. Terpakse pergi ke masjid jamiah sahaja (lebih dekat ngan umahku).

6.45 pagi:
Selesai solat aidiladha. Semasa mendengar khutbah,ramai rakan2ku br sampai ke masjid. Tahniah kepadaku kerana berjaya juga solat aidiladha di masjid sedangkn ramai lg tidak berpeluang sepertiku.

7.00 pagi:
Aku menuju ke masji tal, asal tujuan aku. Aku menuju ke masjid tu kerana pagi tu ade program mahabbah. Semasa menuju ke masjid tu,aku teruja kerana melihat beberapa ekor kambing biri2 untuk dikorbankn.
9.00 pagi:
Tamat program dan kami dijamu ngan makanan yg sungguh lazat. Buatan Malaysia...hehe...Semasa perjalanan pulang pula, aku terlihat beberapa ekor kuda. Ku sangkakan
untuk korban, rupanya untuk tunggangan...hehe...Aku ape lg, sempat lagi poss ngan seekor kuda yg ade disitu.
11.30 pagi:
Aku bersolat zuhur dan selesai segala majlis. Tak sabar menunggu esok kerana ingin melapah daging korban...:P

Esoknya:
Hari ini buat pertama kalinye aku melapah daging lembu. Ini pengalaman pertamaku. Selalunye aku 'dihalang' dari membuat perkara ini. Tapi tidak ku nafikn sungguh seronok rupenye melapah daging bersama rakan2. Aku dengan gaya seperti seorg pro mengajar seorg rakanku...hehe...Aku sungguh seronok sehingga tidak sedar azan asar sudah berkumandang, nampaknye terpakse aku menhentikan niat murniku dan pergi menunaikan tanggangjawab sebagai seorg hamba ALLAH..






Inilah cerita korbanku tahun nie.............

No comments:

LinkWithin